Wednesday, 7 December 2011

Pengajaran Kemahiran Hidup

Rancangan Pengajaran Harian


Mata Pelajaran                      : Kemahiran Hidup
Kelas                                      : Tahun 5E
Tarikh                                     : 9 Nov 2011
Masa                                      : 10.00 pagi – 10.30 pagi ( 30 minit )
Bilangan Murid                      : 35 orang
Bidang Pelajaran                    : Jahitan
Tajuk                                      : Alatan Jahitan dan Jenis-Jenis Jahitan
Objektif Pembelajaran          : Mengenal pasti jenis-jenis jahitan
Hasil Pembelajaran               : Di akhir sesi pembelajaran  ini, murid dapat :
                                     
Domain A    : Menguasai isi kandungan pelajaran 
                       a.       Menyatakan nama alat-alatan dan jenis-jenis jahitan.
                       b.      Menyebut kegunaan alatan jahitan

Domain B    : Membina kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir 
                       a.       Mengenalpasti dan menyatakan jenis jahitan yang ditunjukkan.
                       b.      Menggunakan alatan jahitan dan menjahit dengan jenis-jenis jahitan.

Domain C     : Mengamal sikap saintifik dan nilai murni 
                        a.       Melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan.
                        b.      Berani mencuba sesuatu yang baru.

Bahan, Peralatan dan Bahan Sumber : 
a.  Alatan jahitan : gunting, benang, jarum dan kain   
b. Video jenis jahitan 
c.  Pantun
    Langkah Berjaga-jaga : 
    a.  Berhati-hati ketika menggunakan gunting dan jarum
    b.  Elakkan daripada berebut-rebut semasa aktiviti kumpulan dijalankan takut terjatuh atau bertolak-tolak.

    Pengetahuan sedia ada murid :
     Murid biasa melihat alatan jahitan dalam kehidupan harian mereka.

    Permulaan :
    1. Guru mempamerkan sebuah pantun di atas papan hitam, murid memerhati dan membaca pantun..







    游子吟
    慈母手中线,游子身上衣。
    临行密密缝,意恐迟迟归。
    谁言寸草心,报得三春晖。

    2. Guru menjelaskan isi kandungan pantun tersebut.
    3. Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada murid dan bersoal-jawab.

    Langkah 1 :
    1.Guru mempamerkan alat-alatan jahitan satu demi satu dan menanya murid nama alatan tersebut.
    2. Guru menjelaskan kegunaan alat-alatan jahitan satu demi satu. 

    ·         Gunting Kain-Digunakan untuk menggunting kain. Ukuran panjang biasa dalam 20 cm. Sebelah mata gunting berbentuk bulat, sebelah mata runcing. Untuk gunting tahan lama, elak daripada jatuh dan tidak digunakan untuk menggunting benda lain seperti kertas. Minyakkan sendi-sendinya selalu. Simpan dalam sarung atau kotak gunting. Menggunting dengan berhati-hati supaya kain yang digunting berdasarkan pola yang dikehendaki. Ketika menggunting kain, mata gunting menghala ke hadapan supaya tidak mendatangkan kecederaan pada diri sendiri.

    ·         Jarum Tangan-Jarum yang tirus dan tajam. Jarum yang selalu digunakan adalah bernombor 7, 8 dan 9. Digunakan untuk menjahit semua jahitan tangan pada kain. Jarum yang kasar dan panjang digunakan untuk menjahit pada kain yang tebal sementara jarum yang halus untuk menjahit kain nipis dan lembut. Angka 9-10 untuk kain yang halus, angka 12-14 untuk kain sederhana dan angka 14-16 untuk kain yang tebal. Jarum yang patah dan tumpul jangan dibuang merata-rata. Simpan jarum dalam bekasnya supaya tidak berkarat. Semasa digunakan, cucuk di kusion jarum.

    ·         Benang Jahit-Terdapat dalam pelbagai warna mengikut warna kain yang hendak dijahit. Benang akan digunakan untuk jahitan tangan dan juga jahitan mesin. Gunakan warna benang yang sama untuk menjahit pakaian ataupun warna yang lebih lembut. contoh benang putih untuk menjahit kemeja sekolah. Semasa menjahit lilitkan benang dan selitkan hujungnya agar tidak bersimpul.

    Langkah 2 :
    1. Guru mempamerkan video tentang jenis-jenis jahitan.
    2. Guru membuat penerangan tentang jenis-jenis jahitan satu demi satu.

    Langkah 3 :
    1. Guru meminta murid dibahagikan dalam beberapa kumpulan.
    2. Guru mengarah murid menjalankan aktiviti menjahit mengikut langkah-langkah yang telah diterangkan.
    3. Guru meronda dan memberi tunjuk ajar semasa murid menghadapi masalah.

    Penutup :
    1.Guru mempamerkan beberapa hasilan murid dan meminta pandangan murid, murid memberi komen terhadap hasilan kerja yang dipilih.

    REFLEKSI :
    Semasa P&P dijalankan, saya menggunakan sebuah pantun untuk mengaitkan tajuk tentang jahitan. Cara ini berkesan kepada pelajar dan cuba mengaitkan pengajaran dengan kehidupan pelajar supaya pelajar mendapat gambaran tentang pembelajaran yang berlangsung. Keadaan kelas dapat dikawal dan pelajar nampaknya  memahami apa yang ingin disampaikan oleh saya. Penjelasan saya dapat menarik perhatian pelajar kerana suara yang lantang.  Saya dapat  mengukuhkan kefahaman konsep pelajar  dengan menunjukkan bahan yang berkaitan. Pelajar aktif mejawab semasa soalan dikemukakan.

    Semasa saya menunjukkan cara dalam jenis-jenis jahitan, pelajar tidak dapat nampak dengan jelas. Oleh itu, semasa meronda saya terpaksa menunjukkan cara menjahit lagi supaya mereka dapat menyiapkan kerja yang diarah. Oleh kerana masa tidak dapat dikawal dengan baik, aktiviti penilaian hasilan tidak dapat dijalanka. Saya akan berusaha menguruskan masa dengan lebih baik dengan membuat perancngan yang lebih teliti.

    Semasa menjalankan aktiviti dalam kumpulan, saya berjalan ke seluruh kelas bagi memastikan pelajar menjalankan aktiviti dengan lancar. Saya mendapati sebahagian pelajar nampak berminat dan dapat menjahit dengan cara yang betul. Semua pelajar dapat menjalankan aktiviti yang diberikan oleh guru. Tetapi terdapat segelintir pelajar yang tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar menyebabkan mereka sukar menyelesaikan aktiviti yang diberikan. Saya bertindak memberi tunjuk ajar sambil menerangkan kembali apa yang telah disampaikan. Selepas itu, pelajar itu berjaya menyelesaikan aktiviti.

    Sebagai penyelidik dalam kelas pengajaran saya, saya merasa berpuas hati apabila dapat mengesan beberapa pelajar yang lemah dan mendekati mereka demi memperbaiki kelemahan mereka. Saya akan menggelakkan daripada memberikan arahan ketika pelajar sudah mula membuat aktiviti dan arahan atau penerangan perlu dilakukan sebelum pelajar memulakan sesuatu aktiviti.



    No comments:

    Post a Comment